Ahmad Zahid Seru Perpaduan Sempena Tahun Baharu Cina


KUALA LUMPUR, 28 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu.

Dalam kenyataannya, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kepelbagaian budaya dan tradisi di negara ini adalah kekuatan serta lambang kebanggaan sebagai sebuah negara yang harmoni.

“Walau apa pun latar belakang kita, kita semua adalah rakyat Malaysia. Budaya dan tradisi yang kita kongsi bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi juga lambang kebanggaan kita sebagai sebuah negara yang harmoni,” katanya.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan semangat perpaduan dan menanamkan nilai saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.
Menurutnya, Tahun Baharu Cina tahun ini wajar dijadikan detik yang bermakna dalam usaha membina sebuah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit