Istiadat Sambutan Negara dan Jamuan Negara Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra ketika berangkat pulang selepas menghadiri Istiadat Sambutan Negara dan Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia di Istana Negara hari ini.
Turut sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri l Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri ll Datuk Seri Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika berangkat ke Istiadat Sambutan Negara dan Jamuan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Presiden Indonesia Prabowo Subianto melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Azham Mohamad ketika menghadiri lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit