Karnival Kembali Ke Sekolah Antara Progam Bantu Masyarakat Setempat – Ariff

PADANG RENGAS, 26 Jan – Karnival Kembali Ke Sekolah 2025 yang diadakan di Lubuk Merbau dekat sini ternyata memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyelesaikan keperluan persekolahan anak masing-masing.

Karnival berkenaan  anjuran Yayasan Bina Upaya dengan kerjasama UMNO Bahagian Padang Rengas serta Pejabat Pegawai Khas MB bagi DUN Chenderoh serta DUN Lubuk Merbau sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa.

Timbalan Ketua UMNO Padang Rengas,  Datuk Mohd Arrif Abdul Majid menerusi perkongsian di Faceboknya melihat progam berkenaan amat memberansangkan dan Alhamdulillah memberi kelegaan kepada masyarakat setempat.

“Meriah suasana di Karnival Kembali ke Sekolah 2025 yang berlangsung di Arena Terbuka Taman Dato’ Hj. Meor Aris, Lubuk Merbau pada hari ini.

“Seronok melihat telatah anak-anak serta ibu-bapa ‘ber-shopping’ barangan keperluan untuk ke sekolah nanti. Dapat membeli set pakaian sekolah baju sehingga ke kasut serta beg dan alatan tulis.

“InsyaAllah dengan bantuan ini dapatlah kita kongsi bersama-sama, dapat ringankan sedikit beban belanja ibu-bapa untuk persiapan pembukaan sesi persekolahan anak-anak nanti,” katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan program berkenaan.

“Saya doakan adik-adik semua berjaya dan dapat membantu ibu-bapa kelak. Semoga segala pesanan dan nasihat yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang dapat hadir dan pegawai-pegawai serta sahabat-sahabat saya yang telah menjayakan program ini. Semoga Allah SWT meredhai dan memberkati segala usaha murni kita semua dan diikhlaskan hati kita dalam menyebarluaskan perkara kebaikan,” ujarnya.-  UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit