Kemudahan Wave Tank Di UniKL Mimet Bakal Beri Impak Besar Industri TVET Maritim – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat UniKL MIMET berpotensi menjadi sebuah institusi ‘teaching factory’ yang bakal memberi limpahan dalam teknologi maritim serantau.

Menurut beliau potensi institusi berkenaan dalam ‘teaching factory’ bertaraf antarabangsa sudah pasti akan memberi pelbagai ruang untuk kerjasama yang lebih luas.

“Saya melihat UniKL MIMET berpotensi untuk menjadi institusi ‘teaching factory’ bertaraf antarabangsa yang dapat membuka peluang kerjasama dengan industri global sekali gus menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi maritim serantau.

“Saya yakin dengan kemampuan UNIKL MIMET untuk memperkasakan TVET maritim serta menjana peluang yang lebih besar untuk anak muda kita,” katanya meneruai perkongsian di Facebook.

Menerusi perkongsian itu juga, Ahmad Zahid  yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah turut optimis pusat berkenaan akan menjadi platform penting untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang kejuruteraan marin dan maritim.

“Saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Hidrodinamik Wave Tank di Universiti Kuala Lumpur kampus Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), sebuah fasiliti berteknologi tinggi yang bakal memberi impak besar kepada industri maritim negara.

“Dengan pelaburan sebanyak RM12.7 juta di bawah RMK-11, pusat ini bukan sahaja berperanan dalam memperkukuhkan penyelidikan dan inovasi, malah ianya juga akan menjadi platform penting untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam bidang kejuruteraan marin dan maritim.

“Saya yakin dengan kemampuan UNIKL MIMET untuk memperkasakan TVET maritim serta menjana peluang yang lebih besar untuk anak muda kita. Insya-Allah, Malaysia sedang menuju masa depan industri maritim yang lebih dinamik dan progresif,” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit