KUALA LUMPUR 24 Jan–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyaksikan Majlis Perjanjian Usahasama 70:30 dan Pemegang Saham di antara MRCB Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation (MRCB); PM Multilink Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Melaka – MCORP dan Majestic Quest Sdn Bhd yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pada majlis ini, MRCB Land Sdn Bhd diwakili oleh Pengerusinya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Bin Zaini; MCORP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar; PM Multilink Sdn Bhd diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Encik Mohd Nazimuddin bin Mohamad; dan Majestic Quest Sdn Bhd, diwakili oleh Pengerusinya, Mr Kwan Joon Hoe.