PUTRAJAYA 22 Jan–Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menerima kunjungan hormat daripada organisasi yang berkaitan dengan undang-undang dan reformasi institusi. Antaranya termasuk kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr. Ismail Bakar beserta delegasi beliau dan seterusnya disusuli dengan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Tan Sri Idrus Harun yang baru dilantik pada penghujung tahun 2024.