JOHOR BAHRU 20 Jan–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melancarkan Projek Locker4U 2025 dan Inisiatif Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) secara percuma kepada Bangsa Johor di Lotus Bukit Indah hari ini.
Inisiatif Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) ini bertujuan untuk membekalkan ubat susulan kepada pesakit kronik yang stabil melalui penghantaran Pos Malaysia dengan caj RM6.00. Pesakit boleh mendaftar melalui aplikasi MyUbat atau di kaunter farmasi KKM untuk menerima manfaat ini.