JOHOR BAHRU 19 Januari –Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan pertemuan bersama Majlis Keahlian dan Perlembagaan UMNO peringkat Negeri Johor bagi menyampaikan taklimat serta membincangkan soal keahlian dan perlembagaan parti.Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan usul pindaan had umur Pergerakan Puteri UMNO, kaedah pemilihan di peringkat tertinggi parti serta cadangan ketetapan satu PDM satu Cawangan.