Bersama Keluarga Besar Gerik

GERIK 18 Januari — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama keluarga besar UMNO Bahagian Gerik dalam sesi perkongsian dan perbincangan perencanaan program-program kebajikan rakyat bersempena tahun baru 2025. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua keluarga UMNO Bahagian Gerik amat dihargai demi meneruskan agenda perjuangan rakyat di Parlimen Gerik juga berpeluang memenuhi lebih 10 undangan perkahwinan di sekitar DUN Temengor dan DUN Pengkalan Hulu.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit