Puteri UMNO Santuni Orang Sabah, Sampaikan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berbesar hati ke Sabah bagi menyantuni rakyat di negeri berkenaan.

Kunjungan tersebut diketuai Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia yang memanfaatkan kehadiran ke negeri itu dengan melakukan kunjungan ke beberapa bahagian.

Antara bahagian yang dilawati iaitu Kota Belud, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu dan Kalabakan.

Kedatangan Puteri UMNO Malaysia itu bagi memberikan sumbangan bakul makanan kepada rakyat Sabah khususnya kelompok ibu tunggal muda dan keluarga memerlukan bagi meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Dalam pada itu Nurul Amal pada hantaran di Facebook beliau turut sama berkongsi penyerahan bakul makanan tersebut serta ramah mesra beliau bersama mereka.

Selain itu, kunjungan itu juga bagi memperkukuh gerak kerja ke negeri di bawah bayu khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Beliau turut sama menyantuni kepimpinan bahagian dan akar umbi bagi merapatkan ukhuwah sebagai keluarga besar UMNO. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit