Kunjungan Hormat Delegasi Kerajaan Negeri Perak

CAPE TOWN 16 Jan–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengetuai kunjungan hormat Delegasi Kerajaan Negeri Perak kepada Pegawai Tertinggi Kerajaan Western Cape di Cape Town hari ini.
Pegawai Tertinggi Western Cape diketuai Mr. Rashid Toefy, merupakan Timbalan Ketua Pengarah dari Jabatan Pembangunan Ekonomi & Pelancongan Cape Town.
Pertemuan ini disusuli pembentangan oleh InvestPerak dan PKNP berkenaan peluang pelaburan dan landskap semasa pembangunan ekonomi di Negeri Perak.