ISKANDAR PUTERI 14 Jan–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan Menteri Kesihatan Singapura, Mr. Ong Ye Kung, di Kota Iskandar hari ini.
Pertemuan ini memberi peluang untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam sektor kesihatan antara Johor dan Singapura, terutamanya melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang telah dimeterai pada 7 Januari 2025.