Pertemuan Dengan Menteri Besar Perak

 

PUTRAJAYA 10 Jan–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dan wakil-wakil daripada JAKIM, HDC, Matrade, KKM serta beberapa agensi lain bagi membincangkan usaha membangunkan Taman Industri Halal Perak di bawah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Pembangunan strategik ini akan dilaksanakan di kawasan seluas 63.34 hektar yang terletak dalam jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Lekir. Kawasan ini dirancang untuk menjadi sebuah hab halal yang lengkap dengan pusat pemprosesan daging, kompleks penyembelihan dan pemprosesan, pusat penyelidikan dan pembangunan daging halal, pusat pemprosesan ayam, serta kilang pemprosesan makanan haiwan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit