PUTRAJAYA 10 Jan–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) bagi penyelarasan agenda halal negara.
Mesyuarat ini merupakan langkah susulan kepada dapatan daripada Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024 yang diadakan tahun lalu. Bengkel tersebut telah mengenal pasti beberapa game changer utama untuk memperkasakan industri halal negara.