Transformasi Digital, TVET Dan Pemerkasaan Ekonomi Desa Dicadang Dalam Inisiatif KEMAS

PUTRAJAYA, 9 Jan – Pelan transformasi digital, pemantapan Pendidikan dan Latihan Teknikal don Vokasional (TVET) dan pemerkasaan ekonomi serta keusahawanan desa antara cadangan yang diangkat bagi memastikan keberkesanan kesemua inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KEMAS selaku agensi yang lebih enam dekod bertapak dalam negara, perlu terus melaksanakan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi bagi membina asas kukuh untuk masa depan negara.

“Sudah tiba masanya untuk KEMAS menggerakkan usaha secara kolektif dengan menghimpunkan kepakaran dan pandangan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah, melaksanakan projek dan bergerak seiring untuk mencapai objektif lebih besar.

“Antaranya. (pelan transformasi digital) Pelon Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak melibatkan 1,000 tobiko dan hampir 200,000 pelajar

“Jadi, saya mahu KEMAS memperkenalkan Bootcamp Literasi Digital dengan kerjasama syarikat digital untuk melengkapkan diri dengan kemahiran pengekodan, pemasaran digital dan keselamatan siber,” katanya ketika berucap podo Program Pemerkosaan Masyarakat MADANI KEMAS di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata aspek TVET juga perlu diperluas bagi meningkatkan kemahiran bella selain menyarankan untuk memperkosa ekonomi desa melalui Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP).

“Ia boleh ditambah lagi dengan bimbingan dan kerjasama bersama syarikat tempatan bagi membantu penduduk setempat memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka. Saya juga mahu tumpuan terhadap tadbir urus jentera KEMAS diperkukuhkan agar lebih cekap dan mampan.

“Selain itu, kita dalam proses pelaksanaan Tabika Berkeperluan Khas atau tabika Autisme yang akan mula beroperasi di Melaka, dan saya mahu ia diperluas ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha strategik KEMAS untuk memperluas akses pendidikan inklusif kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian khas, sekali gus menyokong agenda negara dalam membina masyarakat lebih inklusif dan sejahtera.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata KEMAS telah meletakkan asas yang kukuh dalam membangunkan komuniti desa yang sejahtera selama 64 tahun kewujudannya.

“Pengiktirafan Antarabangsa Gold Award-Reader’s Digest Trusted Brand buat kali kelima dan pencapaian Malaysia Book of Records-The Largest Children Participation in J-Robic Event 2024 menjadi bukti kecemerlangan ini.

“Meskipun pelbagai pencapaian telah diraih, KEMAS tidak akan berhenti di sini. Institusi ini kini mengorak langkah ke arah transformasi strategik melalui pendekatan cross functional yang akan diterapkan dengan menggabungkan kepakaran Bahagian Pendidikan Kanak-Kanak, Bahagian Pembangunan Komuniti, dan Bahagian Pendidikan Kemahiran untuk melaksanakan program yang lebih berkesan,” katanya. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit