“Teruskan Perjuangan Mengangkat Aspirasi Rakyat & Dasar Wanita” – Noraini

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Wanita UMNO Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelantikan tersebut sebagai pengiktirafan kepada Rosni yang selama ini mengangkat aspirasi wanita di negara ini.

“Pelantikan ini melambangkan kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kepimpinan serta sumbangan YB Senator Datuk Rosni dalam memperjuangkan agenda Wanita UMNO dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pelantikan itu dilakukan pagi tadi dengan Rosni mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan Negara di Parlimen.

Selain Noraini turut hadir sama menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Halimaton Sa’adiah Bohan. –

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit