Kunjungan Hormat

IPOH 7 Dis–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan di sini pagi ini.
Pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam usaha untuk memperkukuh kebajikan masyarakat serta memastikan kesejahteraan rakyat di Negeri Perak terus terjamin.