Berkenan Menerima Menghadap Perdana Menteri Singapura

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Istana Negara hari ini.
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota selama lebih 50 minit itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Wong yang dalam lawatan rasmi dua hari beliau bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 hari ini.

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan delegasi sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura ke Malaysia di Istana Negara hari ini. Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Istana Negara hari ini.
Wong dalam lawatan rasmi dua hari beliau bersempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 hari ini.
Ini merupakan lawatan kali kedua Wong ke Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada 15 Mei 2024, dengan lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lepas.