Merakamkan Ucapan Terima Kasih

AYER KEROH 31 Disember — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menunjukkan kematangan dalam perbahasan selama tiga hari berlangsungnya Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di Dewan Undangan Negeri Melaka.