Mesyuarat Agung Tahunan Ke – 26 PERDASAMA

KUALA LUMPUR 30 Disember — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Selama 25 tahun, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan usahawan Bumiputera, terutamanya dalam sektor perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta memperjuangkan perniagaan secara inklusif.