Majlis Berselawat Sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025

BANDA HILIR 30 Disember — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama isteri menyertai ribuan tetamu hebat pada Majlis Berselawat Sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 bertempat di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir malam tadi. Kira-kira 50,000 tetamu memeriahkan majlis selawat dan qasidah yang diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf; selain menampilkan Ustaz Zul Ramli.