Fun Walk D’Bendang 2024

KEPALA BATAS 29 Dis–ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meraikan jemputan Datuk Haji Md Zabidi Arifin bagi membuat pelepasan Fun Walk D’Bendang 2024 anjuran Masjid Jamek Al-Abidin Pinang Tunggal, Kepala Batas.
Pelepasan peserta bermula dari seawal pukul 7.00 pagi yang bertemakan Kampung Style (Klasik) disambut meriah dengan penyertaan anak qariah dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.