Indoktrinasi Dan Perkaderan UMNO: Kunci Survival Masa Depan
13 DISEMBER lalu, sekali lagi saya berkesempatan bekerjasama dengan Pemuda UMNO Bahagian Selayang dalam mengendalikan satu lagi sesi Sekolah Politik.
Kali ini, fokus diberikan kepada ahli Pemuda UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang dan DUN Taman Templer. Yang lebih menarik, sesi ini turut disertai kepimpinan UMNOSiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang hadir dengan semangat ingin mendalami perjuangan UMNO.
Dalam sesi tersebut, saya tidak keberatan mengakui bahawa UMNO pernah tersilap langkah. Kita terlalu yakin bahawa anak muda lebih tertarik dengan sukan dan hiburan sehingga kita mengabaikan keperluan politik mereka.
Akibatnya, UMNO telah ketinggalan dalam usaha indoktrinasi anak muda. Tambahan pula, ketika itu perkaderan dalam parti semakin dilupakan, seolah-olah jumlah keahlian sahaja sudah mencukupi untuk memastikan kelangsungan parti.
Namun, harapan masih belum pudar. Kita boleh bermula semula, walaupun dari skala kecil.
Malangnya, ada dalam kalangan kita yang masih tidak memahami kepentingan indoktrinasi dan perkaderan. Mereka beranggapan bahawa politik khidmat bakti sudah memadai untuk mendapatkan semula sokongan rakyat.
Menyemai Kesedaran Kepentingan Indoktrinasi Dan Perkaderan
Indoktrinasi dan perkaderan bukan sekadar langkah tambahan; ia adalah tulang belakang kepada kelangsungan UMNO. Proses ini bertujuan mendidik ahli dan penyokong tentang nilai, prinsip, serta hala tuju parti.
Lebih penting lagi, ia membantu melahirkan barisan pemimpin yang bukan sahaja faham perjuangan parti tetapi juga mampu menjadi agen perubahan dalam masyarakat.
Kita harus sedar bahawa generasi muda kini lebih kritis dan celik maklumat. Mereka mahu melihat kesungguhan dan kejujuran dalam perjuangan politik. Oleh itu, program seperti Sekolah Politik perlu diberi penekanan.
Tahun hadapan, usaha UMNO Malaysia untuk mengadakan Sekolah Politik UMNO secara nasional adalah langkah tepat. Inisiatif ini tidak hanya akan memperkasakan ahli tetapi juga membentuk gelombang sokongan yang lebih kukuh dalam kalangan pengundi Melayu.
Membentuk Generasi Pelapis Yang Berwawasan
Jika UMNO ingin terus relevan, kita tidak boleh sekadar mengisi keahlian dengan angka. Kita perlu membentuk generasi pelapis yang benar-benar memahami perjuangan parti.
Perkaderan perlu menjadi proses berterusan yang melibatkan latihan, bimbingan, dan pendedahan kepada realiti politik. Hanya dengan cara ini, kita dapat melahirkan pemimpin yang kompeten dan mampu mengekalkan kepercayaan rakyat terutama orang Melayu yang merupakan golongan sasar UMNO.
Kesimpulannya, survival UMNO bergantung kepada sejauh mana kita serius dalam melaksanakan indoktrinasi dan perkaderan. Masa depan parti ini tidak hanya terletak pada generasi yang sedia ada tetapi pada generasi pengundi muda yang hari ini merupakan undi majoriti di setiap kawasan pilihanraya. Ini akan menentukan survival UMNO di masa hadapan.
Salam Perjuangan,
๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ. ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ