Mohd Shahar Akan Pastikan Setiap Isu Yang Dibangkitkan Mendapat Perhatian Serius
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Ketua UMNO bahagian Datuk Mohd Shahar Abdullah mengetengahkan pelbagai isu, aduan dan perkara berbangkit melibatkan kawasan itu dalam satu mesyuarat yang dihadirinya.
“Saya akan memastikan bahawa setiap isu yang dibangkitkan mendapat perhatian serius daripada agensi dan jabatan yang berkaitan.
“Mesyuarat seperti ini merupakan salah satu platform penting untuk memastikan suara rakyat didengar dan diambil tindakan, selain pertemuan dan perbincangan khusus bersama agensi dan jabatan yang saya laksanakan secara berterusan,” katanya dalam satu catatan di laman Facebook beliau.
Mohd Shahar bersyukur pagi tadi beliau dapat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuantan Bil. 4/2024 di Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan, di Kuantan.
Seterusya, Mohd Shahar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Kewangan dan ekonomi berharap kerjasama erat daripada semua pihak mampu membuahkan hasil dengan rakyat di kawasannya.
“Insya-Allah, dengan kerjasama erat semua pihak, usaha yang dijalankan ini akan memberikan impak positif kepada seluruh komuniti Paya Besar.
“Ssekaligus menyumbang kepada kemajuan daerah Kuantan dan negeri Pahang secara menyeluruh,” ujarya lagi.
Terdahulu dalam platform media sosialnya yang sama, Mohd Shahar hadir ke program Sembang Santai Bersama Penduduk Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan.
“Program ini menjadi platform untuk mendengar suara penduduk, berkongsi pandangan, dan membincangkan usaha-usaha pembangunan serta kesejahteraan komuniti.
“Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bersama-sama, kita membina masa depan yang lebih baik untuk Felda Sungai Panching Selatan,” katanya. – UMNO ONLINE