๐๐จ๐ง๐ฏ๐๐ง๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐๐๐ก: ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ, ๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ – Ahmad Zahid
MERBOK, 15 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti sebelum ini pernah diuji dan kini tiba giliran untuk bangkit semula melangkah ke depan dalam usaha meneruskan perjuangan.
Menurut beliau parti dan seluruh rakan-rakan yang lain perlu berani berubah dengan pelbagai pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan lagi perjuangan parti berkenaan hari ini.
โSejarah 50 tahun penubuhan BN yang panjang dan penuh perjuangan tersendiri. Namun, mendepani realiti semasa, UMNO serta parti-parti gabungan BN lain agar berani berubah dengan pendekatan dan kaedah baharu, yang lebih dekat di hati rakyat terutamanya generasi muda,โ katanya pada Konvensyen BN Kerah di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Pengerusi MCA Kedah, Chua Tiong Gee, Pengerusi MIC Kedah, Suresh A/L Subramaniam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta pimpinan-pimpinan BN negeri Kedah di Dewan Great Hall, Universiti AIMST, Merbok, Kedah.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO seterusnya mengingatkan bahawa parti itu tidak lagi bersendirian sebaliknya bersama dengan rakan-rakan lain di dalam kerajaan perpaduan.
โBN kini tidak lagi bersendirian. Melalui kerjasama dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, BN terus berperanan dalam memastikan kemakmuran dan kestabilan negara terus terpelihara.
โSaya yakin, BN Kedah mampu bangkit dan membina semula keyakinan rakyat, serta berupaya untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang pernah dimenangi suatu masa dahulu. Dengan semangat perpaduan, BN akan terus relevan dalam politik tanah air.
โOur time will come, teruskan usaha mendekati rakyat. Jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dilontarkan. Santuni rakyat dengan penuh keikhlasan dan tunjukkan bahawa BN Kedah sentiasa relevan di hati rakyat Kedah dan rakyat Malaysia seluruhnya,โ tambahnya.- UMNO Online