Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air Dari Kemaman ke Gebeng

KUANTAN, 12 Dis — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani plak perasmian pada Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman ke Gebeng di Rumah Pam Penggalak Gebeng hari ini.
Turut kelihatan, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tiga kiri).
Pada majlis itu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyerahkan secara rasmi projek pembinaan paip agihan air terawat sepanjang 29.8 kilometer yang telah siap di mana ia merupakan satu pencapaian penting dalam mengatasi gangguan bekalan air di Kawasan Perindustrian Gebeng selain menyediakan kemudahan asas bagi pertumbuhan perindustrian berterusan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

KUANTAN, 12 Dis — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tiga, kanan) menyempurnakan gimik simbolik perasmian pada Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman ke Gebeng di Rumah Pam Penggalak Gebeng hari ini.
Pada majlis itu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyerahkan secara rasmi projek pembinaan paip agihan air terawat sepanjang 29.8 kilometer yang telah siap di mana ia merupakan satu pencapaian penting dalam mengatasi gangguan bekalan air di Kawasan Perindustrian Gebeng selain menyediakan kemudahan asas bagi pertumbuhan perindustrian berterusan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit