MELBOURNE 10 Dis–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles di Commonwealth Parliament Offices hari ini.
Pertemuan tersebut disusuli Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4 yang dipengerusikan secara bersama oleh saya dan beliau. Terdapat beberapa perkara utama yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat tersebut.