MELBOURNE 9 Dis–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian mereka di sini.
Pertemuan ini memberi kesempatan untuk perkongsian pandangan tentang pelbagai perkara, termasuklah isu semasa, dasar dan polisi Kerajaan, bidang ketenteraan, politik negara dan dunia, serta peranan penting yang perlu dimainkan oleh para mahasiswa.