Lawatan Ke Jebel Ali Free Zone

DUBAI 6 Dis–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor mengadakan lawatan kerja ke Jebel Ali Free Zone (JAFZA), Dubai, sebuah syarikat logistik multinasional yang terkemuka di bawah pengurusan DP World.
Menerusi perjumpaan ini, DP World telah berkongsi pengalaman mereka dalam mengintegrasikan teknologi moden untuk meningkatkan kecekapan perdagangan dan logistik. JAFZA memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan tersebut.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit