ABU DHABI 5 Dis–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam lawatan kerja bersama delegasi Kerajaan Negeri Johor berpeluang berjumpa dengan Mubadala Investment Company dan MASDAR.
Mubadala merupakan sebuah entiti pelaburan milik Kerajaan Abu Dhabi. Syarikat ini juga melabur sebanyak USD 350 juta dalam Princeton Digital Group, sebuah pusat data terkemuka di Asia, yang turut membangunkan pusat data AI mereka di Sedenak, Johor.