Penternakan Lembu Hibrid Skala Besar Mampu Dilaksanakan, Kurangkan Kebergantungan Daging Import

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata aktiviti penyeludupan, harga ternakan import dari negara sempadan dan juga harga makanan ternakan yang tinggi merupakan antara cabaran berkaitan keperluan daging lembu termasuklah penternakan lembu hibrid di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian berkata kebergantungan negara terhadap import ternakan hidup sangat tinggi malah mencecah satu bilion, dan jumlah itu melibatkan keseluruhan 378,915 ekor lembu pembiakan, lembu penyembelihan berbiri hidup dan kambingi hidup.

“Idea berkaitan dengan penternakan lembu hibrid ini adalah berkisar tentang keperluan sumber protein di negara kita. Dan jika tengok pada data yang ada di sini, kita maklum bahawa kebergantungan negara terhadap import ternakan hidup sangat tinggi, mencecah satu bilion, dan jumlah itu melibatkan keseluruhan 378,915 ekor lembu pembiakan, lembu penyembelihan berbiri hidup dan kami hidup. Kalau lihat lembu penyembelihan yang diimport sahaja melibatkan 140,570 ekor dengan nilai RM510.62 juta, iaitu lebih separuh daripada keseluruhan import ternakan hidup.

“Dan kita juga sedar bahawa negara sedang memacu dasar agro makanan negara 2.0 dan 2.0, dan iaitu sasaran SSL Industri Ternakan lembu ini sebanyak 50% pengurangan tempatan menjelang tahun 2025. Dan di peringkat jawatankuasa juga kita membincangkan banyak lebar tentang perkara dan yang disentuh oleh ahli-ahli parlimen yang berbahas tadi, semuanya adalah dalam makluman jawatankuasa dan digariskan dalam perbincangan dan perbahasan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan  penerangan Pengerusi Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen Mengenai Potensi Lembu Hibrid Pedaging, di parlimen hari ini.

Mandziri seterusnya menambah pihak jawatankuasa juga mengambil maklum tentang kekurangan beberapa hal berkaitan dengan tenaga teknikal dan profesional yang perlu dalam rantaian pemasaran dan penghasilan daging premium berkenaan.

“Cuma tiga isu utama yang telah di-highlightkan dalam perbincangan Jawatankuasa ini ini memang perlu dibeli penekanan. Satunya aktiviti penyeludupan, melainkan tindakan holistik bersama dengan kementerian lain…kita boleh menyekat ataupun mengurangkan kadar penyeludupan lembu. Mungkin itu akan boleh menyuntik motivasi kepada penternak-penternak kita untuk terlibat dengan pentanakan lembu hibrid.

“Sebab ia telah dilaksanakan lebih 20 tahun sebenarnya tetapi dalam skala kecil dan berbentuk hobi sahaja. Tetapi sekiranya nak dikembangkan sebagaimana yang disebut oleh Ahli Parlimen Putrajaya, memang kita perlukan orang-orang yang betul-betul arif dan tahu untuk kita menggerakkan pentanakan lembu hibrid ini.

“Keduanya adalah tentang harga pentanakan import. Kita tahu bahawa pedaging ataupun sumber protein kita yang berasaskan daging ini yang diimport lebih murah. Jadi itu akan memberi juga tekanan kepada motivasi minat penternak kita ini untuk menternak lembu hibrid ini. Jadi ini mesti melibatkan juga kerjasama daripada MITI dan sebagainya,” ujarnya.

Seterusnya tambah Mandziri lagi adalah berkaitan dengan harga makanan penternakan yang tinggi dan ini memberi kebimbangan kepada para penternak.

“Jadi, dengan keseluruhan perbincangan perbahasan yang ada ini, saya merasakan bahawa, salah satunya untuk menjayakan hasrat ini, kita mesti melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga GLC, supaya ianya boleh dilaksanakan dengan skala yang besar kerana ia memerlukan teknologi dan sebagainya lagi,” tambahnya.- UMNO Online

https://www.facebook.com/watch/?v=596311809600277&rdid=8WQu6ZVTUoR2vljh

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit