KAHERAH 3 Dis– Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Negeri Republik Arab Mesir TYT Dr Badr Abdelatty di sela-sela Persidangan Kaherah Peringkat Menteri di sini hari ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri menzahirkan terima kasih kepada TYT Dr Badr di atas penganjuran Persidangan yang diadakan. TYT Dr Badr juga merakamkan penghargaan ke atas sokongan berterusan Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin dan bantuan kemanusiaan yang diberikan.