KOTA BHARU, 2 Dis — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendengar penerangan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu berkaitan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kelewek sewaktu melakukan lawatan hari ini.
KOTA BHARU, 2 Dis — Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyantuni kanak-kanak mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kelewek yang kini menempatkan seramai 90 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dan sejumlah 282 orang mangsa banjir sewaktu melakukan lawatan hari ini.