Melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kangkong

PASIR MAS 2 Dis– Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan Kangkong untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir serta meninjau keperluan dan tindakan intervensi dan sokongan moral serta psikologi yang disediakan oleh pihak JKM bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir di sini. PPS Sekolah Kebangsaan Kangkong yang terletak di bawah jajahan Pasir Mas menempatkan sejumlah 132 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah mangsa seramai 472 orang.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit