Misi Bantuan Sukarelawan Puteri UMNO Malaysia Bantu Rumah Terjejas, Beri Bantuan Keperluan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berbesar hati menggerakkan misi bantuan Sukarelawan Puteri UMNO Malaysia Untuk Mencuci Kawasan Pasca Banjir 2024 bagi meringankan beban mangsa yang berhadapan musibah bencana alam tersebut yang dilakukan semalam.

Biro Kebajikan Puteri UMNO Malaysia, Dayang Nurazlin Nordin berkata sukarelawan tersebut terdiri daripada 70 orang Puteri UMNO Negeri Sembilan dan Puteri UMNO Bahagian Tampin yang telah digerakkan ke Gemencheh bagi membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir.

Mereka turut turun ke Pusat pemindahan sementara (PPS) Sungai Kelamah dan Jelai 4 bagi menyampaikan bantuan keperluan asas makanan ringan, air mineral, pakaian dan goodies buat kanak-kanak mangsa banjir.

Terdahulu jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS setakat jam 7 pagi ini adalah seramai 136,984 orang daripada 41,341 keluarga yang ditempatkan di 638 PPS termasuk di Negeri Sembilan yang menyaksikan 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit