KUALA LUMPUR 26 Nov–Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan (ASP) di Wisma Pertahanan hari ini.
Pemakaian pangkat Mejar Jeneral (Kehormat) telah dianugerahkan kepada YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebagai Pengerusi Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Se-Malaysia (SPJP). Dalam majlis yang sama, YAB Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut anugerahkan pemakaian pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi negeri Terengganu dan Pulau Pinang.