Syahbuddin Sindir… Ramai Yang ‘Koyak’ Di DUN Kelantan

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran di Facebook menyifatkan persidangan DUN Kelantan semalam sebagai ‘koyak’.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, ini kerana sebagai ADUN pembangkang semak, imbang disuarakan melalui perbahasan sehingga mendatangkan rasa kurang senang kerajaan negeri dan ADUN kerajaan.

“Ramai yang ‘koyak’ hari ini (sebagai) pembangkang kerja kami semak dan imbang.

“Hak mana yang perlu dibaiki oleh kerajaan negeri akan dibangkitkan untuk kesejahteraan rakyat dan negeri ini.

“Kerajaan negeri juga untung sebab boleh tahu kelemahan dan kekurangan kan bagus ada pembangkang,” sindir beliau.

Syahbuddin dalam pada itu turut sama hairan dengan sikap kerajaan negeri yang sering kali melemparkan tuduhan kepada kerajaan Pusat.

“Cuma Abe Din musykil sikit dengan jawapan beberapa orang exco ini bila bagus kejayaan negeri bila tak bagus salahkan pusat,” ujar beliau.

Terdahulu, Mohd Syahbuddin pada sidang DUN membangkitkan mengenai model perniagaan yang akan digunakan bagi proses perlombongan unsur nadir bumi di negeri itu. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.