Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Penghasilan SAF Dunia – Johari Ghani

 

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Sustainable Aviation Fuel (SAF) adalah merupakan bahan api mampan yang digunakan dalam sektor penerbangan selari dengan kriteria-kriteria kemampanan antarabangsa.

Dalam hal ini, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata penggunaan SAF merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan bagi mencapai matlamat ‘International Civil Aviation Organisation’ (ICAO) untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan sebanyak lima peratus menjelang tahun 2030 dan akan diwajibkan pada 2027.

“Selain komitmen negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050, SAF juga mempunyai potensi yang besar bagi ekonomi negara terutama dalam mempertingkatkan pelaksanaan ekonomi kitaran. Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia berada dalam kedudukan yang strategi untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.

“Antara bahan mentah ‘feedstock’ yang boleh digunapakai untuk menghasilkan SAF termasuklah juga minyak masak terpakai iaitu Malaysia merupakan pengeluar sawit kedua terbesar dunia,” katanya.

Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khiruddin yang memohon Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah target dan strategi kerajaan bagi memposisikan Malaysia sebagai pengeluar utama SAF serantau terutamanya dengan potensi Malaysia yang kaya dengan bio feedstock sepertimana yang disebut oleh Air New Zealand dan laporan MIDF pada Mac lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menjelaskan kerajaan kini sedang giat membangunkan strategi nasional pengeluaran dan SAF di negara ini.

“Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama-sama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang berusaha membangunkan dokumen national strategi bagi menyokong industri pengeluaran dan penggunaan SAF negara.

“Mempertingkatkan lagi pelaksanaan program kesedaran pengumpulan minyak masak terpakai diseluruh negara dan Kementerian Perladangan dan Komoditi akan bekerjasama seperti Petronas untuk mengutip minyak-minyak yang terpakai.

“Menggalakkan pelabur-pelabur untuk datang ke negara ini untuk membina kilang-kilang SAF dan stakat hari ini ada satu syarikat yang dikeluarkan lesen yang akan membina 350,000 tan metrik setahun,” jelasnya.

Beliau menambah Petronas sedang menjalankan beberapa kajian dan merupakan salah satu syarikat yang akan membina kilang SAF seluas 650,000 metrik tan.

“Kita juga sedang mempertimbangkan bebrapa teks intensif menggalakkan pelabur-pelabur datang ke Malaysia sebagai ‘hub’ untuk membina SAF ini,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.