Benarkah Tuduhan UMNO Tak Jaga Islam?

POLITIK UMNO di Malaysia sering dikaitkan dengan pentadbiran sekular, tidak menjaga hak agama mahupun masyarakat Islam di negara malah sehingga segelintir pemimpin dan ahli UMNO dikufurkan.

Ada juga parti yang menggelarkan mereka pejuang agama sedang segala polisi dan dasar kerajaan Malaysia adalah terbentuk di bawah urus tadbir UMNO.

UMNO memainkan peranan penting dalam pentadbiran Islam di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

UMNO telah mempengaruhi dasar-dasar Islam melalui pelbagai saluran, antaranya membangunkan istitusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan institusi zakat.

UMNO memastikan bahawa Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan melalui Perkara (3) Perlembagaan Persekutuan.

UMNO juga turut menjadi Penggubal Dasar dan Perundangan Islam dengan memperkenalkan dasar-dasar yang memperkasakan kedudukan Islam termasuk memperkukuh Undang-undang Syariah dan mewujudkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama bukan Islam untuk melindungi umat Islam dari dipengaruhi agama lain.

UMNO juga memainkan peranan penting dalam memperkasakan pendidikan Islam melalui penubuhan Sekolah Agama Rakyat, mewujudkan Pra-Tahfiz KEMAS bagi pendidikan awal kanak-kanak dan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

UMNO turut memperkenalkan dasar seperti Penerapan Nilai-nilai Islam pada tahun 1980 yang mempromosikan nilai Islam dalam pentadbiran termasuk integriti, disiplin dan profesionalisme dan meningkatkan ekonomi Islam melalui Industri Halal, Pengurusan Wakaf dan sistem Perbankan Islam.

Pengaruh UMNO besar dalam memastikan kedudukan Islam Agama Persekutuan dengan menggunakan pendekatan wasatiyyah untuk mengekalkan keharmonian di antara kaum dan agama di negara.

Apakah dasar dan polisi terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh pembangkang atau hanya mengguna agama sekadar kosmetik politik semata? – UMNO ONLINE

Ahmad Tarmizi Che Age
EXCO Pemuda UMNO Damansara

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.