Mengadakan Pertemuan Dengan Menteri Pertahanan India

VIENTIANE 21 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan India, TYT Shri Rajnath Singh di sini hari ini.
India merupakan antara 8 buah negara ‘Plus’ dalam platform ADMM, dan telah menyumbang secara positif kepada perkembangan ADMM.
Pertemuan tersebut telah membincangkan dengan lebih lanjut tentang kerjasama pertahanan yang telah sedia wujud secara rasmi sejak tahun 1993 lagi.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit