Umrah Puteri 2024: Nurul Amal Ketuai 40 Jemaah Berangkat Ke Tanah Suci

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi telah mengetuai program ‘Umrah Puteri 2024’ yang melibatkan seramai 40 orang jemaah bagi menunaikan ibadah umrah.

Jelasnya, program ini telah disertai oleh seramai 40 orang terdiri daripada Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, ahli Puteri UMNO dari beberapa negeri dan ahli keluarga mereka.

“Umrah Puteri 2024 kali ini telah membuka ruang kepada lima orang peserta PAU yang bertuah untuk turut serta.

“Seramai lima peserta yang bertuah daripada ahli Puteri bahagian dari pelbagai negeri seperti Terengganu, Kelantan, Perak dan Selangor malah lebih bermakna apabila kebanyakan mereka ini adalah merupakan pengalaman kali pertama sebagai ‘duyufurrahman’ ke Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga meluahkan rasa syukur di atas sokongan serta dorongan sepanjang persiapan program ini yang dijalankan selama sebulan sebelum pelepasan.

Nurul Amal juga berhasrat untuk melakukan program ‘Umrah Puteri’ setiap tahun dan berazam membawa lebih ramai jemaah dari tahun ke tahun.

“Diharap program ‘Umrah Puteri 2024’ ini dapat menjadi ‘benchmark’ yang baik bagi mengakhiri tahun 2024 dan memasuki tahun 2025 dengan lebih baik juga,” katanya lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim turut hadir menghantar jemaah di Anjung KLIA, malam tadi di samping memberikan kata-kata semangat serta nasihat sebelum pelepasan. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit