JOHOR BAHRU 18 Nov – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berbesar hati dapat bersama-sama masyarakat India dalam Sambutan Deepavali Bangsa Johor yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Tampoi, Johor Bahru. Sambutan Deepavali ini bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi simbol kukuh perpaduan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar Bangsa Johor. Ia juga memberi peluang untuk kita mengenali budaya, adat, dan tradisi masyarakat India dengan lebih dekat.