Kes Bung Moktar: Hormat Proses Undang-Undang Atas Prinsip ‘Rule of Law’ – Suhaimi

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Semua pihak perlu menghormati proses undang-undang berdasarkan prinsip ‘rule of law’, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.

Ini kerana katanya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin hanya diminta untuk membela diri dan beliau belum disabitkan dengan kesalahan tersebut.

“Kita hormat akan undang-undang dan nyatakan sokongan terhadap Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan menghormati proses mahkamah serta ‘prinsip rule of law’.

“Kita juga dinyatakan bahawa beliau, belum dan bukannya disabitkan bersalah tetapi hanya diminta membela diri untuk menyelesaikan proses undang-undang.

“Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, proses yang dilalui adalah ‘pre mature’ dan memerlukan masa yang panjang untuk diputuskan,” katanya.

Pada Isnin media melaporkan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintahkan membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Panel kemudian memerintahkan kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie Zizie Izette membela diri terhadap tiga tuduhan terbabit.

Ia kemudian menetapkan sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen pada 5 Disember ini. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.