IMF Naikkan Unjuran Ekonomi Malaysia… MITI Akan Terus Usaha Tingkat Pelaburan, Perdagangan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus berusaha untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan agar rakyat dapat menikmati lebih banyak peluang pekerjaan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran video di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran Ekonomi Malaysia sebanyak enam peratus.

“Selepas satu, satu lagi institusi antarabangsa suarakan keyakinan terhadap prospek ekonomi Malaysia. Sebelum ini, Bank Dunia menaikkan unjuran pertubuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 kepada 4.9 peratus daripada unjuran asal, 4.3 peratus pada bulan lepas.

“Sekarang ini, IMF pula menaikkan unjuran ekonomi Malaysia kepada 4.8 perarus daripada unjuran asal, 4.8 peratus pada bulan lepas. Jadi, we are on the right track.

“Insya-Allah, MITI akan terus berusaha untuk meningkatkan perdagangan bagi menarik pelaburan berkualiti demi memastikan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji tinggi,” katanya.

Pada 8 Oktober media melaporkan Bank Dunia meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus untuk 2024 daripada ramalan awal 4.3 peratus sebelum ini.

Ketua Ekonomi Bank Dunia Malaysia, Apurva Sanghi berkata, kedua-dua faktor domestik dan luaran menyokong unjuran pertumbuhan yang dinaik taraf susulan ekonomi global menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan enam bulan lalu.

Di peringkat domestik, kestabilan politik Malaysia dan persekitaran positif yang semakin kondusif adalah antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, yang telah meningkatkan keyakinan pelabur dan menggerakkan lebih banyak pelaburan di negara ini. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit