ISKANDAR PUTERI 14 Nov–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan perjumpaan dengan pengurusan PETRONAS bagi membincangkan mengenai kemajuan terkini di Pengerang Integrated Complex (PIC) di sini hari ini.
Menerusi perjumpaan ini, dimaklumkan perkembangan terkini bahawa sebanyak RM7.5 bilion jumlah pelaburan baru telah dilakukan oleh PETRONAS. Pelaburan ini termasuk projek tenaga solar 40 megawatt, kerjasama antara PCG & LG Chemical untuk pengeluaran Nitrile Butadiene Latex (NBL), loji kitar semula bahan kimia tercanggih untuk plastik, serta pembangunan bio-refinery yang dijangka akan beroperasi menjelang 2028.