Mempengerusikan Mesyuarat ‘Pre-Council’

ABU DHABI, 13 Nov — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) mempengerusikan mesyuarat ‘pre-council’ bersama Pegawai Kedutaan Malaysia, Kementarian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi di bawah kementerian sempena lawatan rasminya di sini hari ini.
Turut hadir Bakal Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin (tiga, kanan) dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (empat, kiri).
Lawatan selama tujuh hari itu merupakan lawatan peringkat tinggi pertama di antara kedua-dua negara pada 2024 selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UAE pada Oktober tahun lepas.
Lawatan ini menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor yang memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua negara, sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.