Sesi Coffee Corner: Usaha UMNO Bawa Pencerahan Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menganjurkan program ‘Coffee Corner’ bagi membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Program ini adalah inisiatif dan dicetuskan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.

Tinjauan UMNO Online mendapati kebanyakan peserta meluahkan keterujaan dan penghargaan terhadap pencerahan yang diberikan dalam program ini.

Melalui sesi ini, pelbagai isu negara dan kepentingan rakyat dikupas secara mendalam, sesuai dengan tujuan utama penganjuran untuk membawa maklumat ini ke peringkat akar umbi.

Penganjuran ini menunjukkan bahawa komitmen UMNO dalam memberi penjelasan mendalam dan berusaha menyalurkan pemahaman rakyat khususnya berkaitan isu-isu semasa serta langkah-langkah penyelesaian.

Sesi soal jawab turut diadakan, membolehkan para peserta mendapatkan penjelasan terus tentang isu-isu yang berbangkit, khususnya yang menyentuh kepentingan rakyat.

Rata-rata peserta yang terdiri dari Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) meluahkan rasa puas hati dan menyambut baik usaha ini dengan dianggap pencerahan yang berguna bagi memahami isu semasa dan hala tuju parti.

Program ini, yang berlangsung di sini berjaya menarik lebih 100 peserta.

Terdahulu program ini dimulakan dengan nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat’ dan diikuti bacaan doa dan sesi berlangsung dengan penuh tertib. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit