KUALA LUMPUR 12 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Sweden ke Malaysia, TYT Niklas Wiberg di Kementerian Pertahanan hari ini.
Pertemuan ini merupakan yang pertama sejak beliau menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bulan lalu.