Jualan Kasih KEDA Madani Tahun 2024

YAN, 11 November — Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Jamil Khir Baharom melakukan jualan ‘combo sale’ bernilai RM15 dan ‘happy hour’ bernilai RM10 yang melibatkan tiga barangan iaitu ayam, minyak dan gula pada program Jualan Kasih KEDA Madani Tahun 2024 di Pekarangan Dewan Desa KEDA Singkir Badong di sini hari ini.
Beliau berkata program yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang kepada penduduk di daerah itu untuk membeli barangan seperti beras, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan secara langsung daripada pengusaha dengan penjimatan harga sehingga 30 peratus. — fotoBERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit