Kita Akan Teruskan Usaha Tingkatkan Tahap Pendidikan Tinggi Negara – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  berkata  adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan tinggi negara selain berusaha sebaiknya untuk memastikan pendidikan tinggi dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat.

Menurut beliau atas semangat berkenaan pelbagai usaha dirancang serta dilaksanakan termasuklah pelbagai bentuk perbincangan bagi menjayakan hasrat serta impian berkenaan.

“Jumaat petang, saya mengadakan pertemuan dengan semua naib canselor 20 ipta seluruh negara. Beberapa perkara dibincangkan terutamanya bagi kita menelusuri sepanjang hampir setahun saya menerajui KPT dan pada masa sama perkara-perkara untuk kita tambah baik berkenaan dengan isu mahasiswa, ahli akademik, kakitangan universiti dan pelbagai lagi.

“Naib Canselor merupakan pimpinan utama setiap universiti. Mereka bersama dengan pengurusan tertinggi yang lain akan mencorak dan memimpin universiti bersama-sama dengan warga yang lain bagi memastikan pendidikan tinggi negara terus berkembang maju,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Dr Zambry seterusnya menambah sebelum ini telah dilaksanakan perjumpaan dan sebagainya secara berkala dengan naib-naib cancelor dan sebagainya.

“Sebelum ini, saya telah menetapkan perjumpaan secara berkala dengan naib-naib canselor seluruh Universiti Awam terutamanya. Ini bagi membolehkan saya dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkongsi berita dan informasi terkini terkait dengan universiti dan perkara seangkatannya.

“Insya-Allah hasrat dan harapan kita adalah memastikan pendidikan tinggi negara dapat dinikmati oleh segenap pelusuk rakyat kerana pendidikan adalah untuk semua dan pada masa sama kita perlu meningkatkan lagi tahap pendidikan tinggi negara ke peringkat lebih baik di dalam mahupun di peringkat global,” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.